Monday, 16 December 2013

sahabat sejati...

aku sayang korang...!!! (^_^)



thankz untuk kawan2 yang sudi nak jadi sahabat aku..... :)
aku hargai sangat persahabatan yang kite bina selama ni...
hope sgt kite tetap jadi kawan..
walopon perangai aku kadang2 membuatkan korang menyampah...
aku tetap anggp korang sahabat sejati aku...

kate terakhir daripada aku....
aku doakan korang berjaya...
dalam pelajaran.. kehidupan dannnn mase depan..... (^_^)

kawin jangan lupe jemput aku taw...!!! 

assalamualaikum..... 

Tuesday, 10 December 2013

ingatan untuk aku... dan kawan2..


Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu seksanya umpama

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.


Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.



Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.



Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.



Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkautinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tiduradalah berdosa kepada Allah.


Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisiagama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsungtidak diberi pahala.


Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinyadalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.



Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akanmenyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.



Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya denganpandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalamneraka.






SEKSA NERAKA



HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG



Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhurdengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)



Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut



Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawabbaginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan nerakawail".



Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkansembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".



Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda

" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasukipintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)


Wallahua'lam




SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG



Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-



1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada
     henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:


    "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."



Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumikerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuhsemula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU


Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk untadan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikansembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahunsehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi danbegitulah seterusnya.




Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat


Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksatatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.



Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini,
    dia tetap merasa tidak puas


Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL
    AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dariSubuh
    hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulahseterusnya
    tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.



Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terusdisumbatkan ke
    dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud,

 "Apa yang membawa kamu ke neraka?

  
  " Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."

Tuesday, 12 November 2013

Lima perkara aneh



"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.


Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.



Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."





Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. 


Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."



Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."


Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."





Tujuh perkara ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah 
amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

rasulullah dengan sebiji limau




Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.







Saturday, 5 October 2013

HARI-HARI AKU DI UniKL MITEC

hai...!!!!

"walaupon blog aq ni agak membosankan... tapi xpe.. lau de yg sudi nk bace.. bacelah..!!! hahahaha..!! free je.. x kene bayau pon..!!"

assalamualaikum... pagi2 ni.. aq nak mencoret sikit hari-hari aq di UniKL MITEC ni....
ape ek nk cerite...??? haaa....!!! aq nak mulekan dengan cerite kawan2 aq kat sini....
kat sini... aq ade ramai sgt kawan... member yang paling aq rapat sekali kat sini.. ziera...!!! name penuh dye hidayatul azira... ziera ni pale dye senget sikit.... same je mcm aq... tapi ok la.. lau x de dye.... hmmm.. rase bosan je hari2 aq kat sini.. cewaahhh...!!! hahahahha... selain ziera.... aq rapat dengan hana....!!! mybe kami rapat sbb kitorang satu kelas... mcm2 bende kitorang wat kat sini... ''ketawa bersama..!! menangis bersama...!! ku bersumpah harap kita mati pun bersama...!! namun hakikatnya...!! bukan mudah...!!!'' hahahahaha.... ok.. dah merepek sgt aq ni... 

ini kami..!!! walaupun muke spoil sikit.. tapi xpe... kami ada dimana2...!! hahaha...!!!


ha..!! nak cerite sikit ni...!! aq ngan ziera ni.. teringin sgt nk pergi tasik biru taw... aq ni sampai termimpi2 pergi sane....!! mungkin sebab nak sgt tgk tasik tu.. yela.. dok dega org cite.. mcm best je tempat tu..!! dan akhirnye... aq dapat jugak pergi....!!! mase tu kami bertige... aku.. ziera.. n wida... so.... nk tgk tasik biru ni.. kene panjat bukit taw... kami pon usaha jugak panjat.. then...!! hasilnye... kami dpt gak tgk keindahan ciptaan allah yang sangatlah menakjubkan..!! serius..!! cantik sgt2...!!!

jom kite tgk sikit pic2 yang kami snap ni...!!!



huaaaggghhh....!!!! mengantuk pulak... esok nk pi kursus... nanti kite sambung lagi k... nite semua...!! eh3...!! salah2....!!! morning semuaaaa...!!! hahahaha.. tido dulu ea....
doakan supaya kitorang sentiase jadi sahabat untuk selamanye....!!!

nak nyanyi sikitlah lagu sahabat.. walaupon x ingat lirik.. haha......!!!!
'' kaulah yang selalu..
selalu menemaniku..
mendengar kisah pahit manis hidupku.. 
kaulah yang disitu
setia menungguku...
kaulah yang selalu..
menjadi sahabatkuuuu...!!!
ohhhhh......!!!! ''

ok guys....!!! setakat ni je yang mampu aq tulis...
hahahaha... kate2 terakhir aq.. utk korang berdue.. hope sgt kite akan tetap jadi sahabat utk selamanye..!! ok???!!! :D 

aq nk menyusun sepuluh jari if aq de wat salah drpd hujung rambut sampai hujung kaki... 
hope korang maafkan..!! hahahaha...!!
byeee....!!!!  

assalamualaikum... 

Sunday, 30 June 2013

kisah aku dan dia

hmmm...
ni kisah pertemuan antara aq dan org yang paling aq cintai...
walaupun x menarik... 
tapi saje nak tulis kat blog ni..
mybe sebagai pengimbas semula kenangan kami bersama...

ade satu kisah silam aq 
yang membuatkan aq block fb aq...
dan aq buat fb baru...
mase tu x tahu la sape yang add sape dulu kan...

haaaa...!!! mase tu la segala2nye bermula....
ade sorang mamat nie tegur aq...
aq pon tgkla profil dye...
agak hensem... 
hahahaha....

aq masih ingat lagi ayat pertama yang dye ckp...
"besday same nan mak den"
hahahahaha.....
mase tu kitorang pun start berchatting....

tapi mase tu...
aq sebok tgk tv... balas chat dye pon lambat....
mule2 panggil kau aq je.....

pastu tukar2 no fon....
then dye nak jadikan aq awek dye...
mule2 aq xnk...
pastu dye ckp dye nak lari rumah...
hahahahaha....

mmg macam budak2la kan mase tu....
aq plak ley tertipu ngn dye... =.=
padahal dye x lari rumah pon...
dok bagi mkn ayam kat blakang umah...
aq pon ley trime dye as my lovely boy...
mase tu la timbul bibit2 cinte.. 

aq trime dye pon sbb aq sgt suke sikap jujurnye...
ade something yg membuatkan aq jatuh cinte kat dye...
then beberapa bulan lepas tu..
dye bg thu yang bende tu dye tipu...
mase tu kecik aty jugak...

tapi nak wat cmne kan...
dah syg....
trime jelahhh....
sampailah sekarang....
macam2 dugaan yang menimpe hubungan kami....
kami harungi bersame....

dah 3 tahun hubungan kami....
kami sangat2 bersyukur kerana allah panjangkan jodoh kami..
kami sentiase berdoa agar allah panjangkan jodoh kami..
hingge ke ikatan yang sah...

sayang kamu sangat2 haider...
hope sangat kite dapat pertahankan hubungan ni...

doakan kami bahagie....
sehingge ke akhir hayat kami....
love u sooo muchhh...!!!!!

*saya nak awak tahu yang awak adalah insan yang paling saya sayang selain family saya....!!! 
(^_^)